05 December 2010

Tersedu-sedu..

Pernahkah anda mengalami hiccup atau sedu?



Something like this?


Atau lagi extreme, “sedu tegar” cam neyh:




Di sebabkan aku sedang mengalami sedu yang agak melampau ari neyh.so, entry kali neyh aku bukak cter pasal sedu larh..

Sharing is about caring kan..^_^


So, Why do people hiccup?

Bahagian yang patut dipersalahkan adalah diafram, otot-otot berbentuk kubah yang terletak di dasar dada. Selalunya, diafram bekerja dengan sempurna.


Apabila anda menarik nafas, ia tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila anda menghembuskan nafas, diafram menolak udara keluar daripada paru-paru.



Tetapi, ada ketikanya diafram menjadi terganggu dan apabila ini berlaku, ia membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. Akibatnya, anda menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut. Apabila udara yang berebut-rebut masuk itu melanggar kotak korda suara anda, maka terhasillah bunyi ‘hik, hik.’


Kebiasaannya, Sedu ialah bukanlah sesuatu yang menyakitkan, tetapi ia boleh menjadi masalah apabila ia berlaku dalam masa yang agak lama. Ia juga membuatkan kita akan berasa tidak selesa.


Dalam satu penyelidikan mengenai sedu yang dianggap munasabah oleh pakar, sekumpulan saintis Perancis mencadangkan wujudnya kaitan di antara sedu dengan evolusi dan fakta yang mengatakan bahawa nenek moyang kita berasal dari laut.

Mereka percaya, ia mungkin menunjukkan sifat atau ciri yang wujud zaman dahulukala di mana leluhur terdahulu mempunyai insang untuk membantu mereka bernafas.

Alasan di sebalik kejadian sedu membingungkan kalangan saintis sejak beratus-ratus tahun lampau kerana ia tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia.

Imbasan ultrasound turut membuktikan bahawa bayi dua bulan di dalam kandungan juga tersedu, sekalipun sebelum munculnya sebarang pergerakan pernafasan. Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan.



Teori mengenai sedu yang diterbitkan di dalam jurnal BioEssays itu menyatakan, kunci kepada tindak balas sedu terletak pada sekumpulan ikan primitif yang boleh menghirup udara yang kebanyakannya makhluk dua alam.

Aku pun xsure species ikan primitive neyh dlm kalangan jenis ikan ape, but this is some e.g I got by scouting via internet..





Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari Hospital Pitie-Saltpetriere, Paris itu percaya, litar atau sirkit otak yang mengawal ventilasi/pengudaraan insang telah merentasi dunia mamalia moden, termasuklah manusia.

Mereka turut membariskan banyak persamaan di antara sedu dengan pengudaraan insang di kalangan binatang seperti berudu.
Salah satu daripadanya, kedua-duanya menghalang paru-paru daripada mengembung.

Langkah-langkah menghilangkan sedu/hiccup. Antaranya:

· dengan cara menahan nafas dan mengira perlahan-lahan sehingga angka 10,

· segera minum segelas air atau

· makan sesudu teh gula atau madu.

Jika sedu berterusan sekalipun setelah mengambil langkah-langkah tertentu untuk cuba menghentikannya atau anda sering kali mengalaminya dari semasa ke semasa, anda mungkin mahu berunding dengan doktor mengenainya.





Perkara-Perkara yang boleh menyebabkan Sedu ialah :

1) Makan dengan amat cepat,

2) Makan sesuatu yang panas tetapi setelah itu meminum air sejuk,

3) T’esak-esak atau menangis - kerana makan makanan yang sangat pedas,

4) Makan makanan yang sangat panas,

5) Meminum alkohol atau soda berlebihan,

6) Batuk dengan teruk,

7) Ketawa dengan teruk.


Sakan dop gelak…


Setelah di teliti.. yeay, aku berada di kategori 1 and 2..hehe..

Anda??


Reference:

http://www.beyondbiology.org/beyondbiology.org/index.php?option=com_content&view=article&id=280:why-do-people-hiccup&catid=114:questions-answers&Itemid=84

No comments:

Post a Comment