03 March 2013
Jadikan diriku penyabar dan sabar..
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa diberi musibah, ujian atau masalah hidup. Setiap org ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa.
Kadang-kadang kita mempersoalkan kpd Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus meminta kembalikan kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dengan mengahadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.
06 December 2012
Andai Daku Jatuh Cinta~
YA ALLAH,
andai aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.
YA MUHAIMIN,
andai aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi
cintaku pada-Mu.
YA ALLAH,
andai aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang
hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang semu.
YA RABBANA,
andai aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling
pada-Mu.
YA RABBUL IZZATI,
andai aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui
syahid dijalan-Mu.
YA ALLAH,
andai aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
YA ALLAH,
andai aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.
YA ALLAH,
andai aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
YA ALLAH,
andai kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku
melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya
kepada-Mu.
AMIN…
30 October 2012
Homemade Ice Cream
Dah lama aku cari resepi aiskrim ni dan akhirnya thank 4 to my sis regarding this recipes.
BIla dah dapat resepi ni teruslah aku mencari bahan.....dan malam tadi projek aiskrim aku berjalanlah dengan lancarnya tetapi mengikut citarasa aku lah...hihi...biasala aku, suke tukar-tukar resepi.....eeee....
Okeh korang nak cuba sila-silakanla....best, tak perlu pun buang-buang duit beli mesin aiskrim...sebijik rupa dan rase macam aiskrim beli.....
BIla dah dapat resepi ni teruslah aku mencari bahan.....dan malam tadi projek aiskrim aku berjalanlah dengan lancarnya tetapi mengikut citarasa aku lah...hihi...biasala aku, suke tukar-tukar resepi.....eeee....
Okeh korang nak cuba sila-silakanla....best, tak perlu pun buang-buang duit beli mesin aiskrim...sebijik rupa dan rase macam aiskrim beli.....
Siyesly, betul......^_^
Nmpk comot lar ckit sbb 1st trial lol!:D
Yang penting ghase uh...:D
- Bahan A
2 tin susu td air msk,
1 sudu bsr tpg jagung..
- Bahan B
1 penutup esen vanilla
- Kaedah:
2)Dah sejuk masukkn Bahan B, pastu tuang kt bekas yg besar mixer dgn kelajuan yg tinggi sampai gebu..
3)Dah gebu br ltk perisa..kalu coklat 2 sudu bsr koko bncuh dgn sedikit air pns..kalu vanila Adunan yg asal jer..kalu nk slg2 masa nk ltk perisa tu bahagikn 2 adunan tu ..ltk dlm bks selang2 mcm bt kek marble tu..simpan kt tmpt beku tu 1 mlm..
Selamat Mencuba..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)

